CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 28, 2008

Assignment csc 3083

ADIDAS adalah satu penjenamaan ke atas barangan sukan yang sangat popular di kalangan remaja dan ahli-ahli sukan yang mengemari menggunakan jenama ADIDAS. ADIDAS adalah satu produk yang sangat berkualiti tinggi dan bersesuian dengan harga barang nya yang mahal. Antara produk keluaran ADIDAS ialah kasut, bola, beg, stoking, seluar, botol air, raket tennis, dan sebagainya.
Produk keluaran ADIDAS ini di bekal oleh pembekal yang telah di pilih oleh ADIDAS ialah syarikat kain yang bermutu tinggi dan syarikat peralatan sukan yang di import dari Negara China. Di Malaysia, pembekal utama ADIDAS ialah syarikat ARD TECHNOLOGY Sdn.Bhd yang bertempat di Selangor. Dimana syarikat ini membekalkan bahab-bahan mentah seperti kain, besi dan plastic yang sangat berkualiti tinggi.
Pemprosesan barangan ADIDAS ini adalah melalui beberapa peringkat sebelum akhirnya menjadi barangan ADIDAS yang siap untuk di jual. Pihak ADIDAS akan menerima bekalan bahan mentah dari pembekal dan menyediakan bahan-bahan tambahan sebelum ia nya di proses. Sebagai contohnya ialah kasut, kain-kain yang berkualiti tinggi dan tahan lasak akan di bekalkan oleh pembekal. Setelah itu , kain-kain tersebut akan di proses di mana pada peringkat ini kian-kain tersebut akan di jahit kemas dengan benang-benang untuk menguatkan lagi lapisan kain dan kemudian kain yang siap di jahit akan di salutkan dengan plastic khas untuk di ubah menjadi sepasang kasut. Setelah proses ini siap di jalankan, akan terjadi kasut yang lengkap dan sedia untuk di jual.
Syarikat ADIDAS ini telah mendapat saingan dari syarikat-syarikat jenama sukan yang lain seperti syarikat dan jenama sukan NIKE, PUMA, REEBOK, POLO dan banyak lagi merupakan persaingan yang hebat ADIDAS. Namun begitu ADIDAS mempunyai strategi-stretegi yang tersendiri untuk terus bertahan sehingga ke hari ini. Selain dari menyediakan kepelbagaian barangan sukan, ADIDAS telah mempromosikan jenama nya melalui tanggungjawab social kepada masyarakat. Antaranya ADIDAS menjadi penaja dalam sukan-sukan di dunia,contohnya SUKAN SEA, SUKAN OLIMPIK, WORLD CUB dan antara sukan yang lain. Dengan aktiviti-aktiviti social ini membuktikan bahawa ADIDAS bukan setakat sebuah jenama barangan sukan tetapi menitik beratkan kebajikan masyarakat di seluruh dunia.

0 comments: